Sunday 27 April 2014

Please,please,tlg baca....

Assalamualaikum semua,
Terima kasih banyak2 sebab sudi singgah ke blog saya yg serba kekurangan ni.
Pertama sekali saya nak jelaskan awal2,consult yg sy maksudkan ialah Saya blh bg serba sedikit panduan bagaimana memilih produk yg bgs n baik bdasarkan pengalaman peribadi n dari rakan2 terdekat.
Tapi ramai sgt yg contact saya tanya soalan yg sgt basic n bila lambat reply,marah2 saya. Kena igt kembali,semua yg sy layan sms anda xde satu Sen pn Saya caj. Jadi,jgn la demand mcm saya dibayar n marah2 saya seolah2 anda dah kerugian beribu utk service saya.
Saya ada kerjaya tetap saya sdri,Saya ada anak,ada keluarga yg perlu diutamakan. Saya bukan seller yg kejar keuntungan n kejar nk habiskan stok.
Buat research dulu supaya anda lebih faham field ini.

Wednesday 28 August 2013

Original vitamin c and glutatione product.

Produk pemutihan glutathione.
Tational teofarma

Produk vitamin c.
Bayer

Original dari Italy. Produk kami dijamin keasliannya kerana pembekal kami adalah klinik aesthetic yang merupakan pengimport produk suntikan vitamin c dan glutathione terus dari negara pengilang, bukan melalui orang tengah. Jadi anda tidak perlu ragu-ragu.

Sila perhatikan nombor kod di kotak. Anda boleh sahkan keaslian nombor kod ini dengan pihak pengilang.

Testimoniku dan kisah benar.

Setelah berkecimpung dalam bidang suntikan vitamin c dan pemutihan kulit selama tiga tahun,banyak pengalaman yang sangat berharga yang saya dapat. Demi untuk mencari produk yang asli,ramai pembekal yang saya kenal dan temui. Bermacam ragam saya hadapi. Semuanya mendakwa produk mereka asli dan berkesan. Memang prinsip saya, sebelum memperkenalkan kepada pengguna,saya akan cuba dulu untuk memastikan produk betul-betul berkesan dan tidak menipu pengguna. Kerana saya berniaga bukan kerana mencari keuntungan semata-mata,tetapi rasa ingin berkongsi kecantikan dengan semua orang kerana sifat manusia sendiri memang suka pada kecantikan.

Berbalik kepada cerita tentang keaslian produk, salah satu produk yang banyak kali saya cuba ialah glutax 3g. Produk ni dikatakan sangat berkesan. Bukan seorang supplier yang saya beli, tapi lebih dari 3 orang. Berkotak-kotak saya cuba. Kesannya memang ada,iaitu kulit jadi lembap dan parut pudar. Parut pudar sahaja bukan hilang terus. Sejak itu saya mula rasa ragu-ragu. Tiba-tiba,muncul satu fenomena suntikan tranexamic acid yang dikatakan sangat berkesan lebih 100% berbanding dengan suntikan vitamin c dan glutathione. Banyak testimoni yang saya baca di internet menunjukkan betapa berkesannya produk ini ditambah lagi dengan fakta yang menyatakan produk ini mendapat kelulusan KKM. Maka makin teruja la saya membacanya setelah kecewa dengan produk sebelum ini. Setelah barang sampai, tanpa berlengah saya terus ke klinik aesthetic yang berhampiran untuk mendapatkan rawatan suntikan tranexamic acid. Tapi doc tu enggan suntik tren. Jadi,saya tak dapat cucuk tren. Doktor tu plak iklan servis dia kat saya kliniknya juga menawarkan servis suntikan pencerahan. RM200 per session. Wow, mahal tu. Saya cakap nanti la saya fikir dulu. Saya tanya jenama apa yang doktor tawarkan? Kata doktor tu, yang ni produk hanya dibekalkan kepada klinik aesthetic bertauliah sahaja. Mesti la diorang nak berahsia kan. Maka saya pun balik ke rumah. Hajat nak cantik di hari raya tak kesampaian la gamaknya.

Seminggu lepas raya, saya dapat hubungi seorang pembekal. Atas nasihat dan tunjuk ajarnya, maka saya pun sanggup cuba produk suntikan yang disyorkan. Memang sangat mahal. Tapi masih lagi murah dibandingkan dengan harga yang ditawarkan oleh klinik aesthetic tadi. Sekarang dah 2kali saya suntik. Kesannya sangat superb. Testimoni ini bukan direka-reka dan ditipu. Pendapatan tetap saya sendiri lebih dari cukup. Tak guna saya menipu hanya sekadar untung dunia sahaja. Akhirat kelak neraka balasan orang yang menipu. Rezeki hasil dari menipu tak berkat. Banyak mana sangat la untung jual benda alah ni. Bukan boleh untung sampai juta-juta. Tak berbaloi langsung masuk neraka kerana keuntungan dunia yang sedikit ni. 

Sesiapa berminat nak beli boleh emelkan di winna_17@yahoo.com

Tuesday 7 May 2013

Assalamualaikum...

Dah lama betul saya tak kemaskini blog. Sejak disahkan mengandung dan sambung belajar, masa saya agak terhad. Tapi saya masih menerima order dari ramai pelanggan yang setia dengan ruhabeautyboutique. Terima kasih saya ucapkan. Inshallah, saya akan update beberapa produk baru untuk anda dengan tawaran harga yang sangat menarik. Inshallah..

Thursday 15 December 2011

Tips Penting Sebelum Menggunakan Produk Pemutihan

PENTING!! SILA BACA!!

Sebelum anda menggunakan sebarang produk pemutihan kulit dari dalam samada secara suntikan atau makan, amat PENTING untuk anda membuang segala toksin dalm badan anda atau juga dikenali sebagai program detox. Kebanyakkan dari kita tidak tahu mengenai kepentingan program ini sebelum menggunakan apa-apa jenis produk kecantikan dari dalam. Ekoran dari itu kesan bagus yang kita tunggu terlalu lambat atau lebih malang lagi tidak berkesan langsung. Disebabkan itu anda mula tidak bersemangat untuk menggunakan produk tersebut dan merasa sangat rugi dan tertipu dan dalam masa yang sama tertanya-tanya kenapa orang lain mendapat kesan yang bagus.

MARI BACA MAKLUMAT DI BAWAH DENGAN TELITI..

Mengikut kajian, dinding usus kita akan selalu terdapat sisa-sisa makanan dan najis yang melekat di mana ianya akan menghalang penyerapan bahan dari produk secara maksimum ke dalam badan kita. Terdapat dua jenis toksin dalam badan manusia, yang pertama adalah toksin yang melekat di dinding usus seperti yang diterangkan di atas dan yang kedua ialah toksin di dalam organ-organ dalaman seperti jantung, pembuluh darah, peparu, buah pinggang dan hati. Toksin jenis yang pertama boleh dibuang dengan menggunakan produk makan seperti detox tea dan lain-lain yang boleh didapati di farmasi. Jenis toksin yang kedua pula boleh dibuang dengan menggunakan detox patch untuk kesan yang lebih baik kerana kandungan herba dalam detox patch ini menarik molekul toksin yang terdapat dalam darah melalui tapak kaki. Untuk keterangan lanjut sila klik di sini berkenaan detox patch.

Walau apa saja kaedah yang anda gunakan untuk detox, pastikan anda melakukannya sekurang-kurangnya seminggu sebelum mula menggunakan produk kecantikan dari dalam pilihan anda supaya mendapat hasil yang maksimum.

Saturday 6 August 2011

Rawatan kulit muka dan suntikan

Ramai yang masih berkira-kira untuk mencuba suntikan vitamin C kerana mereka menyangka produk ini mahal. Sebenarnya, jika sekiranya anda mendapatkan suntikan ini di klinik-klinik pakar kulit, harga yang ditawarkan memang sangat mahal!! Kerana mereka mengambil kira segala caj konsultant mereka dan harga suntikan semestinya dinaikkan lagi. Tetapi, jika anda membeli produk suntikan daripada kami atau mana-mana butik yang menjualnya, harga jauh lebih murah. Apa yang anda perlu buat ialah kaji sedalamnya produk mana yang anda mahukan, bertanya pada pembekal yang berpengetahuan, pilih, beli dan bawa botol vitamin C ke mana-mana klinik am yang menawarkan perkhidmatan suntikan vitamin C atau whitening.


Cara ini lebih menyelamatkan poket anda. Pernah seorang pelanggan kami menceritakan sebelum ini dia pernah mendapatkan rawatan facial di pusat kecantikan yang terkenal yang selalu menyiarkan program kecantikannya di televisyen. Kos yang perlu dibayar oleh pelanggan kami ini adalah RM3800 untuk 10 kali sesi rawatan. Itu tidak termasuk kos barangan penjagaan kulit keluaran pusat kecantikan yang sama. Mereka tentunya mahu pelanggan mereka menggunakan produk keluaran mereka dengan menyatakan jika pelanggan tersebut tidak menggunakan produk mereka, rawatan akan kurang berkesan dan sebagainya. Kos ini hanya untuk rawatan kulit muka sahaja dan tidak termasuk kulit anggota badan lain.


RuhaBoutique bukan menafikan kepakaran mereka dalam bidang kecantikan. Kami cuma ingin anda membuat perbandingan kos yang terpaksa anda tanggung kerana kos yang sebesar ini hanya untuk kulit muka sahaja sedangkan ramai diluar sana yang menghadapi masalah kulit dibahagian lain seperti kulit perut terutama wanita yang pernah melahirkan anak. Kos suntikan ini jauh lebih murah kerana ianya memberi kesan kepada seluruh kulit badan kita walaupun ditempat-tempat sulit. Dan inilah rahsia kenapa selebriti negara dan luar negara mempunyai kulit yang sangat cantik, gebu, cerah dan sihat.


Rawatan luaran untuk kulit muka dan badan memang perlu walaupun kita telah mendapatkan suntikan vitamin C dan whitening. Ini kerana, sel-sel kulit mati tidak dapat dibuang dengan hanya menyuntik. Sedangkan untuk mendapatkan kulit baru yang lebih sihat dan cantik, sel kulit lama dan mati perlu dibuang supaya sel yang baru terbentuk hasil daripada vitamin  C tadi dapat menonjolkan dirinya. Kalau tidak ianya tidak mencapai objektif yang diharapkan. Oleh itu, penjagaan luaran perlu tetapi pastikan kosnya tidak sampai mencecah ratusan atau ribuan ringgit. Anda boleh lakukannya dirumah. 

Saturday 30 July 2011

Whitening agent - Glutathione, dan tranexamic acid

Ramai yang bertanya apakah itu glutathione, bagaimana ia berfungsi sebagai agen pencerah. Nama singkatan bagi glutathione ialah GSH adalah sejenis sebatian kimia yang bernama tripeptida yang mengandungi peptida yang terikat dengan kumpulan acid amino cysteine, glycyl dan glutamyl. Untuk menerangkan secara kimia tentang glutathione terlalu panjang untuk diulas. Seperti yang diketahui umum, glutathione berfungsi sebagai agen antioksidan yang menghalang kerosakan sel disebabkan oleh radikal bebas yang dilepaskan oleh sinaran UV matahari. Radikal bebas ini akan menyebabkan kulit menjadi berkedut lebih cepat dari usia dan kusam serta bertompok-tompok hitam iaitu juga dikenali sebagai pigmentasi.


Pigmentasi berlaku disebabkan pembentukan sel melanin yang tidak lengkap. Sel melanin adalah sel yang berwarna perang yang memberi warna kepada kulit, rambut dan mata manusia. Istimewanya glutathione selain daripada agen antioksidan, ia juga bertindak sebagai agen yang menukarkan penghasilan eumelanin (pigmen gelap, perang dan kuning)menjadi phaeomelanin (pigmen putih kemerahan). Ini adalah sebab kenapa kulit yang terhasil lebih putih dan cerah.

Ramai pakar kulit di Asia mengguna dan mengesyorkan penggunaan glutathione sebagai agen pencerah yang terbukti selamat dan berkesan. Di seluruh dunia, kebanyakkan selebriti dan model menggunakan glutathione sebagai agen pencerah dan antipenuaan.


Apakah perbezaan antara glutathione dengan asid tranexamic?


Hasil teknologi yang semakin canggih, manusia menemui satu lagi agen pencerah iaitu asid tranexamic. Sebatian ini semakin popular dikalangan para artis dan jelitawan seluruh dunia sebagai agen pencerah yang memberikan hasil yang amat memuaskan dalam masa yang lebih singkat.

Berfungsi sebagai agen pencerah memang diakui ramai. Kerana kepantasannya memberikan hasil yang lebih cepat daripada glutathione. 

Untuk hasil yang terbaik, anda boleh memilih mana-mana sebatian diatas dan dicampurkan bersama dengan vitamin c supaya kulit yang terhasil lebih halus, gebu dan putih.
Kini terpulang kepada anda untuk memilih produk yang sesuai kerana setiap manusia mempunyai tahap kesesuaian yang berbeza terhadap sesuatu produk.